Kami merupakan sebuah Syarikat bumiputera yang berinisiatif memperkenalkan produk halal,
bersih berasaskan madu untuk kebaikan tubuh badan manusia. Sehubungan dengan itu, kami
memperkenalkan produk-produk yang berpotensi untuk menjamin kesihatan tubuh badan dengan
pengenalan produk Madu Minda Malma's, Madu Gunung dan Set 3-in-1 yang amat bermanfaat kepada kita.
Dengan kepakaran kami dalam bidang penanaman herba dan hasil perancangan dan kajian pasaran, kami percaya sambutan berterusan terhadap produk madu akan menarik minat orang ramai untuk membeli
produk madu akan menarik minat orang ramai untuk membeli produk Madu Malma's keluaran Malma's Gemilang.
Sebagai anak didik bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana Jabatan Ketua Menteri Melaka, kami berusaha untuk menarik minat seramai mungkin golongan bumiputera untuk terlibat dalam bidang perniagaan dengan memperkenalkan pakej-pakej yang amat efektif untuk pengedar bergelar usahawan dalam usaha murni kami melahirkan usahawan berjaya. Sehubungan dengan itu, diharapkan agar pihak yang berkenaan dapat memberikan sokongan yang sewajarnya demi untuk membantu usahawan bumiputera agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
VISI SYARIKAT
Visi Malmas Gemilang adalah untuk berusaha bersama pekerja-pekerja dan pengedar-pengedar untuk menjadi pengeluar madu yang terunggul di Malaysia menjelang tahun 2010.
MISI SYARIKAT
- Membina perniagaan jangka panjang dan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
- Menggalakkan penglibatan pekerja dan pengedar untuk memajukan perniagaan bersama.
- Memastikan kualiti produk terjaga dan dapat mencapai objektif syarikat.
- Menjadi peneraju utama dalam industri madu negara.
Pengasas Malmas Gemilang

En. Tufar Hj. Kasan
JA 7608 JALAN AP
TAMAN IKS AYER PANAS
77200 BEMBAN, JASIN
MELAKA.MALAYSIA
HOTLINE NO: 06-2685997/0176190001
Email: tufar@malmasgemilang.com