Semasa pemerintahan Fir'aun, 300 tahun sebelum masihi, Raja-Raja Firaun telah menggunakan gambar lebah yang dipperbuat daripada rumput-rumput halus sebagai lambang kerajaan dan tanda kesucian mereka. Madu lebah telah digunakan dalam upacara keagamaan dan pemujaan mereka. Begitu juga di negeri Sepanyol, pengkaji-pengkaji sejarah telah menemui lukisan-lukisan lebah pada zamansilam dan kisah madu lebah juga ditemui dalam sejarah silam negeri Parsi, Greek dan empayar Rom.
Dalam Al-Quran, madu lebah juga ada dinyatakan :
" Dan Tuhanmu mewahyukan lebah : buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di rumah-rumah yang didirikan manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan bagimu. dari perut-perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Tuhanbagi orang-orang yang memikirkannya".
(An-Nahl:68-69)
Sabda Rasullullah s.a.w :
" Barangsiapa yang menelan minuman (minum sedikit) madu tiga kali setiap bulan, maka ia tidak akan terkena penyakit yang teruk."
(riwayat Ibnu Majah)
Dalam hadis lain juga disebutkan:
" Hendaklah kamu menggunakan dua ubat iaitu madu dan Al-Quran."
Keluarga Lebah dan Tugas
Dalam tiap-tiap satu koloni lebah, terdapat tiga jenis lebah iaitu ppermaisuri, raja dan pekerja. Permaisurinya (Queen Bee) mempunyai badan yang panjang serta tirus manakala tubuhnya adalah dua kali lebih besar daripada lebah pekerja (worker bee). Sebutan permaisuri itu bukan bermakna ketua atau pemerintah koloni tetapi hanya sebagai ibu kepada anggota koloni lebah itu.
Tugasnya adalah menghasilkan telur bagi melanjutkan zuriat. Dalam satu hari sahaja, permaisuri lebah mampu menghasilkan 3000 telur yang beratnya lebih dua kali ganda daripada berat permaisuri itu. Jika dihitung setahun, lebah permaisuri mampu menghasilkan sejuta telur. Jangka hayatnya adalah antara lima hingga sepuluh tahun.
Saiz Raja Lebah (Drone) adalah antara saiz pekerja dan permaisuri. Drone ini mempunyai badan yang lebar, mata yang besardan sayap yang teguh dan kuat. Raja lebah juga dikenali sebagai lebah jantan. Ia tidak bekerja dan hanya bergantung kepada lebah pekerja sahaja.
Apabila tiba musim makanan, masalah itu dapat diatasi oleh lebah pekerjadengan membunuh lebah jantan itu. Raja Lebah hanya hidup selama tiga minggu kerana pada masa itu, ia sudah boleh mengawan dengan lebah permaisuri dan sebaik-baik sahaja is selesai mengawan dengan lebah permaisuri, ia akan mati ketika itu juga. Begitulah nasib lebah Raja, hidup sementara dan mengawan ssekali dan terus mati.
Di dalam koloni lebah, lebah pekerjalah paling ramai komunitinya hingga boleh mencapai angka 10000 hingga 100000. Lebah pekerja sebenarnya lebah betina dan saiznya lebih kecil daripada lebah permaisuri. Semua urusan sarang dan koloni diselengarakan oleh lebah pekerja. tempoh hayatnya cuma 18-20 hari .
Tugas utama lebah pekerja ialah mencari dan mengumpul manisan dan debunga yang dimasukan ke dalam pundi-pundinya, menjaga anak-anak lebah, mengawal sarang; menghasilkan jelly raja (royal jelly) yang menyerupai susu, mengeluarkan lilin daripada badannyauntuk membina kom serta mengawal suhu dan kelembapan, dan menukarkan manisan bunga menjadi madu melalui tindakan enzim-enzim di dalam perut lebah.
Debunga
Debunga adalah debu halus yang terdapat pada sekuntum bunga. Ia mengandungi bahan nutrien yang menjadi makanan utama kebanyakan serangga. Butir-butir debunga adalah diperlukan dalam proses membuat madu. Kandungan debunga adalah terdiri daripada protien yang merangkumi 25 peratus daripada keseluruhan bahan-bahan mineral (galian) seperti sulfur, klorin, iron fosfat, silikon, magnesium, fosforus, kalsium, kalium dan asid ammino (10%), minyak sayuran (5 %) dan air (3-4%)
Sunnatullah menetukan lebah mempunyai naluri untuk memilih debunga yang terbaik sahaja. Hasilnya, kita memperoleh madu yang sangat berkhasiat untuk tubuh kita.
Propolis
Propolis atau gula adalahsalah satu lagi hasil daripada sarang lebah. Ia adalah cecair likat berwarna perang yang dikumpulkan oleh lebah pekerja daripada tunas daun tumbuh-tumbuhan. Propolis ini digunakan untuk melicin bahagian dalaman sarang lebah untuk memasang petak sarang, menampal lubang-lubang yang retak.
Kandungan Madu
Kandungan air dalam madu lebah adalah antara 75 - 80 % dan kandungan gula adalah antara 20-25%. Kandungan terbesar dalam madu lebah ialah glukosdan fruktos (70%), dan sukros (10%).
Bahan-bahan lain dalam madu yang dianggarkan lebih kurang 180 bahan bergantung kepada jenis bunga dan tanah.
Enzim
Enzim juga terdapat dalam madu seperti invertase, diastese dan glukos oksidase, catalase dan asid fosfat. Penukaran nektarkepada madu adalah hasil daripada tindakan yang dilakukan enzim-enzim itu.
Asid
Asid dalam madu adalah untuk ketahan madu daripada dirosakkan bbakteria. Asid yang wujud seperti asid glukonik, asid formik, asitikm benzoik, burik, sitrik, isovalerik, laktik, malic, oxalic, propionik, phenylacetic, succinic, valeric dan asid amino.
Vitamin
Vitamin dalam madu lebah juga wujud seperti B1, B2 kompleks, B6, dan vitamin C.
Pengajaran daripada lebah
Lebah adalah susunan himoneptera, sama seperti semut dan tebuan. Kumpulan ini meliputi beberapa jenis serangga yang mempunyai kaitan rapat dari segi binaan badannya dan juga dari segi kehidupannya.
Cara hidup lebah adalah satu contoh yang baik bagi kehidupan masyarakat kerana saling bantu-membantu antara satu sama lain. Tiap-tiap ahli dalam masyarakat (koloni) bekerja untuk kepentingan seluruh koloni. Tabiat ini telah mendatangkan kejayaan bagi tiap-tiap ahli itu. Pembahagian kerja di kalangan koloni itu adalah desebabkan oleh nalurinya (instinct).
Kandungan madu lebah
Air 16 - 25 %
Gula Levulose dan dextrose 75 - 83%
Sukros 5%
Dextrin, Maltose dan gam 1 - 2 %
Galian (mineral) 0.25%
Lain-lain 28.75%
Rawatan disengat lebah
- Bersihkan bahagian yang disengat lebahdengan air suam dengan menggukan kain bersih atau kapas.
- Cabut sengat lebah dengan penyepit yang telah dibersihkan.
- Atau cara tradisional, bunuh lebah yang menyengat itu dan lumatkannya dan sapukan pada bekas sengatan tadi.
- Atau tumbuk bawang merah kecil termasuk kulit dan akarnya sekali sehingga lumat dan sapukan bahan tang dilumatkan itu pada tempat yang disengat.

0 comments:
Post a Comment